Home

Selamat Datang
ke Pusat Pakar
Perubatan Dr Anwar

Selamat Datang ke Pusat Pakar Perubatan Dr Anwar

Kami adalah pakar perubatan urat, sendi dan tulang. Pusat pakar kami juga menyediakan perkhidmatan “RAWATAN TANPA PEMBEDAHAN” dan juga Pusat Rehabilitasi untuk rawatan Fisioterapi.

Doktor kami, Dr. Anwar adalah seorang specialist dan pakar yang sangat berpengalaman dan juga merupakan pakar reumatologi yang pertama di Asia dan diiktiraf sebagai Felo Interventional Pain Practitioner oleh World Institute of Pain.

Kami boleh bantu anda untuk sebarang permasalahan tulang, urat dan sendi. Jangan tangguh lagi. Call kami hari ini.

Waktu

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat | 8.30am – 5.00pm
Sabtu | 8.30am – 1.00pm
Tutup pada hari Ahad

Nombor Telefon

Nombor telefon

011 – 4043 5929

Alamat

Alamat emel

bonejoint69@gmail.com

Pusat Pakar
Sendi, Urat & Tulang

Pusat Pakar Sendi, Urat & Tulang

Pusat Pakar Perubatan Dr Anwar adalah sebuah Pusat Pakar Sendi, Urat dan Tulang yang diusahakan oleh Dr Anwar Samhari Mat Arshad yang terletak di Pusat Bandar Seberang Jaya. Pusat Pakar Perubatan Dr Anwar merupakan satu-satunya Pakar dalam bidang sendi, urat dan tulang di Wilayah Utara.

Berjumpa Dengan Doktor Kami

Dr Anwar Samhari
Bin Mat Arshad

Dr Anwar Samhari Bin Mat Arshad

MBBS (UM), FRCP (London), FRCP (IRE), MSc Rheumatology (Manchester) AM (Mal), FIPP Pain (USA)

Dr. Anwar Samhari Mat Arshad, Pakar Perunding Rheumatik dan Sakit Kronik merupakan pakar reumatologi yang pertama di Asia diiktiraf sebagai Felo Interventional Pain Practitioner oleh World Institute of Pain dan merupakan Pengerusi Chapter of World Institute of Pain. Beliau turut menjadi penceramah dan mengendalikan pelbagai bengkel mengenai Ultrasound Muskulosketal dan Pengurusan Sakit Intervensi secara meluas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Perkhidmatan dan Rawatan

  • Rawatan untuk semua jenis penyakit sendi, urat dan tulang.
  • Rawatan pakar bagi penyakit dalaman.
  • Kaedah rawatan Radiofrequency
    – Dapat mengesan sahingga 4 kerosakan
    saraf serentak.
    – Mempunyai 3 bahagian elektrod aktif yang
    berupaya memasuki ruang tisu saraf yang
    beriku.
    – Selamat, mudah digunakan dan amat
    berkesan.
  • Ultrasound
    – Kualiti imej yang tinggi.
    – Berupaya menjalankan pemeriksaan
    ultrasound yang kompleks.
  • Wad Harian.
  • Bilik yang berhawa dingin dan juruwat terlatih.
  • Bilik Pesedur.
  • Dilengkapi dengan alat-alat perubatan yang berteknologi tinggi.
  • Sentiasa disteril untuk memastikan tahap kebersihan yang maksimum.

Rawatan Tanpa Pembedahan

Bone, Joint & Pain Specialist Centre (Pusat Pakar Perubatan Dr Anwar) yang terletak di Pusat Bandar Seberang Jaya, adalah sebuah Pusat Rawatan Rheumatology di wilayah utara semenanjung Malaysia yang merangkumi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Knee Package

Pesakit akan diberi ubat bius terlebih dahulu sebelum pesakit disuntik kebahagian yang sakit dengan bantuan ultrasound dan rawatan ini adalah kurang berisiko.

View More

Radio Frequency

Apakah ada rawatan tanpa pembedahan? Ada. Kini rawatan untuk gejala sakit-sakit kronik dapat dilakukan dengan hanya suntikan.

View More

Budget Package

Pesakit akan diberi ubat bius terlebih duhulu sebelum pesakit disuntik kebahagian yang sakit dengan bantuan ultrasound dan rawatan ini adalah kurang berisiko.

View More

Physio Package

Fisioterapi akan mengakses pesakit, menganalisa dan menetapkan objektif rawatan/potensi penyembuhan, serta menyediakan pelan

View More

Rheumatoid Arthritis

Penyakit Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit radang sendi yang dapat menyerang sesiapa sahaja tidak kira muda ataupun tua. Secara amnya, pesakit RA mengalami nyeri dan kaku pada sendi terutamanya pada sebelah pagi dan gerakan sendi terbatas. RA berpunca daripada radang membran synovial yang menyelaputi send. Pesakit RA kerap mengalami bengkak pada sendi jari-jari tangan dan kaki. Pesakit perlu menerima rawatan daripada pakar rheumatologi yang bertauliah tanpa melengahkan masa.

Sekiranya anda mengalami sakit ini, dapatkan rawatan segera bersama pakar kami. Doktor akan memberi ubat – ubatan dan mengajar cara – cara untuk mengawal membantu merawat dan menguruskan artritis reumatoid.

  • Sakit dan/atau kekakuan pada lebih daripada satu sendi. Kekakuan bertambah teruk pada waktu pagi dan/atau selepas tidak aktif
  • Bengkak dan/atau kelembutan pada lebih daripada satu sendi
  • Simptom serupa pada kedua-dua belah badan, contohnya, di kedua-dua tangan
  • Lesu
  • Lemah
  • Penurunan berat badan
  • Demam

Ada kalanya simptom artritis reumatoid boleh menjadi lebih baik (remisi) atau lebih teruk (suar).

Tanda-tanda awal artritis reumatoid termasuk sakit atau kelembutan pada sendi-sendi kecil seperti di jari anda. Walau bagaimanapun, ia tidak jarang mengalami kesakitan pada sendi yang lebih besar seperti bahu atau lutut anda. Anda mesti mengenali tanda-tanda awal kerana rawatan awal akan membantu mengelakkan kerosakan sendi kekal.

Penyakit Gout

Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang disebabkan oleh asid urik yang tinggi di dalam badan melebihi 7.5mg/dL yang terkumpul pada sendi-sendi. Asid urik merupakan bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “Kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi. Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati.

  • Gaya hidup yang tidak sihat – elakkan pengambilan alkohol
  • Obesiti – beri perhatian kepada berat badan anda
  • Genetik – keluarga yang ada masalah gout
  • Tabiat pemakanan yang tidak sihat – pastikan anda mengamalkan pemakanan seimbang
  • Stress yang tidak terkawal
  • Pengambilan ubat supplement yang bermacam
  • Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi
  • Demam gred rendah
  • Asid urik dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan
  • Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut
  • Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata, kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang
  • Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk
  • Bengkak, kemerahan, dan sakit saat disentuh
  • Sulit bergerak pada bahagian yang terkena
  • Rasa sakit yang memburuk dari waktu ke waktu
  • Rasa sakit saat disentuh dan nyeri pada sendi
  • Peradangan dan kemerahan pada sendi
  • Kaum lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun
  • Wanita yang sudah putus haid/menopause
  • Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi gout
  • Orang yang mengambil alkohol secara berlebihan
  • Penyakit tertentu seperti leukemia
  • Sering tertekan (stress)
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Kekacang
  • Roti jagung dan bijirin

Rawatan Radiofrekuensi

Apakah ada rawatan tanpa pembedahan? Ada. Kini rawatan untuk gejala sakit-sakit kronik dapat dilakukan dengan hanya suntikan. Teknik ini dinamakan rawatan RADIOFREKUENSI. Rawatan ini hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar penyakit kronik yang terlatih.

  • Pesakit akan disuntik dengan ubat bius terlebih dahulu
  • Sepasang jarum akan disuntik kebahagian yang sakit dengan bantuan ultrasound (untuk mendapat ketepatan yang tinggi)
  • Haba akan dibekalkan melalui mesin radiofrekuensi dan disalurkan kedua-dua jarum berkenaan untuk melumpuhkan saraf yang Isyarat rasa sakit dapat dihentikan
  • Prosedur ini mengambil masa lebih kurang 1 jam dan memberi kesan yang amat positif dengan risiko yang
  • Sakit belakang
  • Sakit sendi tengkuk/pinggang/pinggul
  • Sakit kepala/pening/migrain
  • Sakit otot
  • Sakit tulang punggung
  • Sakit yang berpunca dari kanser
  • Sakit selepas pembedahan
  • Sakit disebabkan factor psikologi

Physiotherapy Electromodalities

Our physiotherapy unit currently treat patient with the new approach and technologies which scientifically and proven to give better effects. Our latest and high technology machine including IFT, US and SWD.

Ultrasound is mainly used for its non-thermal effect where high frequency sound wave causes variations and movement of cellular fluids. The physiotherapist will set the machine to deliver the appropriate depth and intensity of sound wave required.

Proposed benefits of ultrasound therapy include improving the healing rate of certain soft tissues. The mechanism of U/S by increase blood flow to specific area in order to accelerate the resolution time of the inflammatory process.

Moreover, U/S stimulates the production of collagen which is mainly protein in tendons and ligaments during tissue healing. U/S gives effects in muscle relaxation and scar tissues breakdown. Therefore the frequency will penetrate the scar tissues adhesion to make its cell more flexible.

Common injuries that treated with U/S such as:

  1.  Bursitis
  2. Tendonitis
  3. Muscle strain & tear and muscle tension & tightness
  4. Osteoarthritis
  5. Frozen shoulder
  6. Tennis/golfer elbow
  7. Avascular necrosis
  8. Ankle sprain
  9. Edema
  10. Varicose vein
  11. Plantar fasciitis
  12. metatarlsalgia
  13. impingement syndrome
  14. rheumatoid arthritis

U/S has been shows to act synergistically with antibiotics in killing bacteria via increase local circulation and has been postulated to allow thicker eukaryotic cell tissues cultures by promoting nutrient penetration.

Its main assets are fact pain relief and mobility restoration makes it an ideal therapy to speed up recovery and cure various indications causing acute / chronic pain. S/W is an acoustic wave which carries high energy to painful spots myoskeletal tissues with subacute, subchonic and chronic conditions.

The energy promotes regeneration reparative process of the bone, tendons and others soft tissues. S/W are characteristic by jump change in pressure, high amplitude and non periodicity.

S/W medical effects:

i. New Blood Vessel Formation

Nutrient blood flow is necessary to start and maintain the repair processes of damaged tissue. The acoustic wave creates capillary micro ruptures and as a result of these process arterioles are remodeled, stimulated to grow and new ones are formed. The new blood vessels improve blood supply and oxygenation of the treated area and support faster healing of both the tendon and the bone.

ii. Reversal of Chronic Inflammation

Chronic inflammation occurs when the inflammatory response is not completely halted. It can damage healthy tissue and results in chronic pain. Mast cells are one of the key components of the inflammatory process. Their activity may be increased by using pervasive acoustic waves. Mast cell activation is followed by the production of chemokines and cytokines. These pro-inflammatory compounds first enhance the inflammatory process and in the next step help restore normal healing and regenerative processes.

iii. Stimulation of Collagen Production

The production of a sufficient amount of collagen is a necessary precondition for the repair processes of the damaged myoskeletal and ligamentous structures. Shockwave therapy accelerates procollagen synthesis. The therapy forces the newly created collagen fibers into a longitudinal structure which makes the newly formed tendon fibers more dense and stiff and creates a firmer structure.

iv. Dissolution of Calcified Fibroblasts

Calcium build-up is most often a result of micro-tears or other trauma to a tendon. Acoustic waves break up the existing calcifications. Shockwave therapy starts the biochemical decalcification of the calcium and treats the tendon. The granular particles of calcium are then removed by the lymphatic system.

v. Dispersion of Pain Mediator

S/W intercepts the relays pain (neurotransmitter that generally associated with intense, persistent and chronic pain) messages to the central nervous which lowering the concentration of this neurotransmitter. Reduces the stimulation of afferent nociceptive fibers and thus reduces the pain.

vi. Release of Trigger Pints

Trigger points are the principal cause of pain in the back, neck, shoulder and limbs. They are associated with palpable nodules in taut bands of muscle fibers and have extremely contracted sarcomeres. The dysfunctional sarcomeres contract so tightly that they begin to cut off their own blood supply. This causes the waste products to build up. Waste product build-up irritates the sensory nerve endings which then causes even more contraction. This vicious cycle is referred to as “metabolic crisis”. S/W mechanism of action is that the delivered acoustic energy unblocks the calcium pump and thus reverse the metabolic crisis in the myofilaments and releases the trigger points.

Indications for S/W:

  1. Jumper’s Knee
  2. Painful Shoulder / Frozen Shoulder
  3. Tennis / Golfer Elbow
  4. Heel Spur
  5. Insertional Pain
  6. Chronic Tendinopathy
  7. Chronic Back Pain
  8. Medial Tibial Stress Syndrome
  9. Calcifications / Osteophytes
  10. Hip Pain
  11. Plantar Fasciiatis
  12. Archilles Tendonitis

Our physiotherapy unit currently treat patient with the new approach and technologies which scientifically and proven to give better effects. Our latest and high technology machine including IFT, US and SWD.

The basic principle of IFT is to produce the strong effect of low frequency / mid frequency electrical stimulation of nerve. The physiotherapist will determine the value of frequency & amplitude, types of frequency & currents, and placement of pad so that suit with the patient’s condition.

Main clinical applications for IFT appear to be used:

i. Pain relief:

The frequency will intercept the pathway of pain impulse (pain gate mechanism) and the brain of central system will interpreting the frequency rather than the pain that triggered by body’s receptors. Therefore patient feels comfortable instead of pain.

ii. Muscle stimulator:

The frequency also could helps for those who with neurological condition. The electrical currents that innervated the specific nerve for specific muscle by making the muscle contract. Most of the cases, patient with weakness of the muscle may trigger back to gain the muscle power and ability to function optimally. Muscle strain and spasm also can be treated by using IFT to ensure the muscle imbalance become normal.

iii. Increase local blood flow:

Since the frequency from IFT could make the muscle contract, therefore its give effect of muscle pumping which improve the local blood circulation. It’s very effective for those diagnose with the diabetes, gangrene, varicose vein and others circulation problems.

iv. Reduce edema:

Any part of the body that swelling because of the lymphatic system or fluid retention can be reduced by using the IFT. By using the same concept to clear the circulation pathway, IFT works by using its frequency to force the fluid retention get into the lymphatic system from the extra cellular fluid.

v. Stimulating healing process:

 

This effects interrelated with the circulation system clearance, which aggravate healing and repairing process by carrying together the medications that dissolved in the blood and endorphine hormone (chemical that makes body comfortable and reduce pain)

IFT can be applied for all part of the body including neck, shoulder, back, abdomen, buttock, thigh, calf, and foot. For those with stroke, traumatic brain injury, spinal cord injury (hemiplegia/quadriplegia) may use this device for muscle training purpose.

Senaman Untuk
Lutut Osteoarthritis

Senaman Untuk Lutut Osteoarthritis

Panaskan badan selama 5-10m dengan aktiviti impak rendah sebelum melakukan senaman-senaman berikut.

jogging-1

01

Senaman Angkat Kaki Lurus

Senaman ini adalah untuk menguatkan otot bahagian depan peha anda.

  • Baring terlentang, tegakkan sebelah kaki dan bengkokkan yang satu lagi.
  • Tegangkan otot kaki yang ditegakkan dan angkat perlahan-lahan sehingga kaki berada tinggi sekaki daripada paras lantai.
  • Kekalkan posisi selama 3 hingga 5 saat kemudian turunkan kaki dengan perlahan-lahan. Ulang dan tukar kaki.

02

Senaman Sebelah Kaki

Senaman ini ialah untuk menguatkan otot bahagian peha, pinggul dan punggung.

  • Letakkan satu kerusi di setiap satu sisi anda untuk imbangan.
  • Letakkan berat anda pada sebelah kaki dan angkat yang sebelah lagi di hadapan anda.
  • Turunkan badan anda sebanyak beberapa inci, dengan perlahan-lahan, alihkan berat anda kepada bahagian tumit yang sedang menyokong badan anda.
  • Kekalkan posisi selama 3 hingga 5 saat. Secara perlahan-lahan, tegakkan semula badan anda. Ulang dan tukar kaki.

03

Lingkaran Otot Hamstring Otot Belakang Peha

Senaman ini adalah untuk menguatkan otot bahagian belakang peha anda.

  • Pegang bahagian belakang kerusi untuk imbangan dan letakkan berat anda pada sebelah kaki.
  • Angkat kaki yang sebelah lagi dan dekatkan tumit anda ke arah punggung.
  • Kekalkan posisi selama 3 hingga 5 saat dan turunkan kaki anda dengan perlahan-lahan. Ulang dan tukar posisi.

04

Siri Penstabilan Lutut

Senaman ini ialah untuk menguatkan otot peha, pinggul dan punggung anda.

  • Pegang bahagian belakang kerusi untuk imbangan.
  • Dengan berat anda diletakkan pada sebelah kaki, angkat sedikit kaki yang satu lagi.
  • Tegangkan otot peha kaki yang diangkat, gerakkannya perlahan-lahan ke arah seperti yang ditunjukkan.
  • Kekalkan posisi selama 3 hingga 5 saat sebelum kembali kepada posisi permulaan.
  • Ulang. Pusingkan badan anda sehingga 90 darjah untuk mulakan siri senaman seterusnya.

05

Siri Penstabilan Lutut

Senaman ini adalah untuk menguatkan otot bahagian depan peha anda.

  • Berdiri dan sandarkan kepala, belakang dan pinggul pada dinding. Posisikan kaki anda kira-kira 2 kaki dari dinding, mengikut lebar pinggul.
  • Perlahan-perlahan, gerakkan badan anda menuruni dinding sehingga anda hampir berada dalam posisi duduk dan kekalkan selama 5 hingga 10 saat sebelum menggerakkan badan kembali ke atas. Ulang.

06

Senaman Langkah Turun Naik

Senaman ini adalah untuk menguatkan otot peha, pinggul dan punggung anda.

  • Letakkan sebelah kaki pada platform setinggi 6 inci.
  • Angkat kaki yang sebelah lagi dari lantai dan biarkan ianya tergantung, jauh dari platform.
  • Kekalkan posisi selama 3 hingga 5 saat. Turunkan kaki yang tergantung tadi secara perlahan ke lantai, kemudian turunkan pula kaki yang satu lagi. Ulang dan tukar kaki.

Senaman-senaman Regangan

Regangan Otot Kuadriseps - Otot Depan Peha

Regangan ini dapat dirasai di bahagian depan peha anda.

  • Gunakan dinding atau kerusi untuk imbangan badan.
  • Angkat sebelah kaki, tinggikan tumit.
  • Genggam buku lali anda dengan tangan anda dan tarik tumit anda lebih dekat dengan punggung anda. Kekalkan posisi selama 30 saat.

Regangan Otot Hamstring – Otot Belakang Peha

Regangan ini dapat dirasakan pada belakang peha dan lutut anda.

  • Duduk tegak dengan kaki dilunjurkan di hadapan anda.
  • Pastikan kaki anda dalam posisi relaks – jangan tarik atau tolak kaki anda.
  • Letakkan tapak tangan pada lantai dan gerakkan tangan anda ke arah buku lali. Kekalkan posisi selama 30 saat.